Looking to the sky for answers- SATELIT


Arthur C.Clarke merupakan tokoh pertama yang memberi
            idea tentang satelit di dalam hasil tulisannya iaitu Wireless World
            pada tahun 1945. Beliau menyatakan tiga satelit orbit ini akan
            digunakan untuk komunikasi gelombang (wireless) atau tanpa
            jaringan bagi menerima dan menghantar isyarat radio. Beliau
            menyatakan tiga orbit ini mampu untuk menerima dan menghantar
            isyarat radio ke seluruh dunia melalui kedudukan 120 darjah di
            stesen masing-masing.

Satelit pertama Soviet Union iaitu Sputnik dilancarkan pada tahun
            1959.

Satelit kini digunakan untuk menerima berita secara langsung dan
            untuk telekomunikasi. Namun, tujuan utama ialah bagi penyiaran
            (broadcasting).

Teknologi satelit telah menjadi kegunaan untuk pengguna massa.
            Satelit adalah mahal tetapi merupakan cara terbaik untuk melepasi
            batasan geografi.
 


 
 

Kepentingan satelit adalah:

Untuk penerimaan dan penghantaran data yang pantas.

Menambahkan kemudahan telekomunikasi seperti penerimaan
               pelbagai siaran rancangan televisyen daripada pelbagai
               dunia terus kepada pengguna di rumah.

Kemudahan telekomunikasi digital iaitu penggunaan handphone
              atau mobil phone tanpa menggunakan jaringan wayar.
              (penggunaan Low Earth Orbit (LEO) ).

Transmisi telefon melalui bunyi, data, fax, pager yang boleh
                   diterima di sebarang tempat di dunia.

Untuk kegunaan kajian komuniti, ramalan cuaca, menentukan
               arah pelayaran (maritime navigation), sebagai pertahanan dan
               bagi transmisi radio dan televisyen.

Untuk melengkapkan jaringan komunikasi antara stesyen bumi,
               khususnya menghubungkan negara yang tidak mempunyai
               sistem kabel dan terpisah daripada jaringan komunikasi.
 


 
 

  Intelsat menjadi satelit komunikasi network antarabangsa yang
             pertama dan memberi perkhidmatan satelit secara global.

  Satelit geosynchronous (GEO) lebih besar dan berat..Misalnya,
             berat Intelsat 7 pada tahun 1989 adalah sebanyak 1,780kg
             apabila dilancarkan.

  Tempoh hayat satelit GEO adalah lebih panjang iaitu melebihi 15
              tahun, mempunyai kedudukan yang paling jauh dengan bumi iaitu
              lebih daripada 20,000km, boleh membuat liputan tetapi lebih
              mahal untuk dibina dan dilancarkan.

  Berbeza dengan Low Earth Orbit (LEO), kedudukan satelitnya
             lebih dekat dengan bumi berbanding GEO iaitu kurang daripada
             10,000km.Jangka hayat bagi LEO adalah selama lima tahun dan
             ia lebih murah dilancarkan.

  Antara contoh satelit bagi GEO ialah Syncom 1 dan Spaceway;
             satelit LEO ialah Telstar 1, Global Star, Teledesic dan Iridium ;
             bagi satelit MEO ialah Odyssey dan Inmarsat.

  Namun, satelit turut digunakan untuk mengintip sesebuah
             bangunan atau perkembangan teknologi sesebuah negara.

  International Communication Union (ITU) bertujuan untuk
              menjaga pentadbiran dan pengurusan di atmosfera di bumi
              supaya tidak meletakkan satelit di mana-mana tempat yang
              disukai. Kemudahan pelancaran satelit mesti bertempat
              dikawasan gurun atau berhampiran dengan laut bagi mengurangi
              kecelakaan manusia jika wujud pelanggaran satelit (foul-up).

  ITU juga merupakan agensi yang memperuntukkan kod transmisi
             dan frekuensi radio untuk memastikan telekomunikasi bebas
             daripada gangguan.
 

                                                                                

Back To Main Menu
*Dewi Bulan*UMS HA1997-050
Communication Student