Dunia Teknologi Yang Menjanjikan Keselamatan:
Harapan Dan Bahaya Enkripsi
 

Terdapat pendapat menyatakan penghakisan privacy disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat dan teknologi baru semakin maju tetapi melalui encryption, maklumat boleh disimpan secara rahsia.
Tiga jenis teknologi yang berhubung dengan komputer adalah
public-encryption, networking dan virtual reality di mana ia memberi manusia kebebasan untuk mendapat dan menghantar maklumat.

Satu cara untuk membolehkan komunikasi peribadi adalah dengan memastikan tiada siapa yang boleh menafsirkannya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila mesej telefon celular boleh dijejaki dan isyarat penyiaran boleh ditafsirkan dan lebih merumitkan lagi ialah apabila sistem telefon boleh direkod. E-mail boleh berpindah melalui dari satu komputer ke satu komputer yang lain yang dikawal oleh orang tertentu. Ini menyebabkan maklumat rahsia yang ingin kita hantar adalah tidak sulit dan tidak selamat. Maka, kebebasan untuk kita menghantar maklumat adalah tersekat.

Namun, melalui teknologi maklumat, penggunaan encrpytion membolehkan maklumat dihantar melalui pemberian password kepada file (atau data) tersebut. Seterusnya, jika seseorang ini tidak mengetahui public key maklumat yang dihantar oleh orang tersebut, maka disebabkan encryption, dia tidak boleh membuka maklumat tersebut. Kebaikan public key ialah ia menyelesaikan permasalahan serentak dan menjamin keselamatan seseorang iaitu mesej hanya boleh dibaca oleh orang yang mengetahui public key tersebut. Kebaikannya ialah ia melindungi hak pencipta tersebut terhadap sesuatu maklumat yang dihasilkannya kerana dia mempunyai private key iaitu hanya dia seorang sahaja tahu maklumat tersebut.perkembangan teknologi menyebabkan komputer akan menjadi sangat berkuasa. Maka, pengguna haruslah memanjangkan kod private key mereka atau memberi password yang panjang kepada 'file tersebut supaya akan menyukarkan orang yang ingin memecah kod ini kerana ia perlu mengambil masa yang lama.

Perkembangan teknologi telah meningkatkan jaringan komputer dengan menghubungkan orang ramai secara global melalui Internet. Pada masa sekarang, perhubungan Internet (connection) adalah melalui saluran tertentu daripada modem kepada kabel fiber optik. Hasilnya ialah transimisi mesej dan teks gambar tetap (still pictures) dan isyarat audio-video.

Perkembangan teknologi telah membolehkan keadaan di mana seseorang memakai cermin mata gelap (goggles) dan earphone. Kemudahan ini sedang diusahakan tetapi hasilnya dapat dilihat seperti sekarang seperti sistem video-conferencing iaitu seseorang boleh mengadakan mesyuarat di suatu tempat bersama ahli-ahlinya di suatu tempat yang jauh. Ia dapat menjimatkan kos dan masa.
 


 
 

Kepentingan Encryption

Digital Cash

Dicipta oleh seorang cryptographer iaitu David Chaum. Ia merupakan satu cara untuk membuat bayaran tanpa mengetahui siapakah pembayar atau penerima wang antara satu sama lain dan tidak boleh mengenal pencipta wang tersebut. Sebelum ini bentuk digital yang sama ialah pengeluaran wang melalui bank tetapi dengan penggunaan teknologi baru, pembayaran bentuk digital boleh dilakukan dengan hanya menghantar mesej. Pembayaran pula tidak lagi menggunakan kertas tetapi menggunakan kad elektronik.

 Anonymous Remailers

Satu perkhidmatan yang digunakan untuk menghantar maklumat secara rahsia dan menyembunyikan orang yang menghantar rahsia itu. Ia merupakan satu bahagian daripada internet di mana dapat menerima mesej di mana alamat pada setiap destinasi atau penerima ini disertakan bersama dan ia dihantar kepada penerima tersebut. Seoarang penerima mesej boleh menerima pelbagai mesej yang datang dan pergi daripada 'remailer' ini tetapi tidak dapat mengetahui siapa penghantar mesej dan kepada siapa dia berkomunikasi.
 


 
 

Kesan Kemajuan Teknologi Maklumat

Semakin mudah orang membuat penciplakan seperti penciplakan buku, muzik atau  sesuatu program. Orang mudah mencuri idea, karya-karya grafik dan ini akan mendorong mereka melakukan jenayah. Di sini, Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (Akta 301) diperlukan serta diketatkan bagi melarang fotostat ke atas buku atau pengulangan dan penerbitan semula bagi melindungi idea dan hak milik penerbit.

V-Clipper Chip membenarkan pihak-pihak berkuasa memecahkan kod-kod yang digunakan untuk encryption. Ini membolehkan kerajaan mengintip pergerakan dan perlakuan kita.
 

Back To Main Menu
*Dewi Bulan*UMS HA1997-050
Communication Student