Revolusi Media Massa

    Pada suatu masa nanti, media massa akan mengalami perkembangan
        teknologi convergence di mana tidak akan wujudnya perbezaan antara
        teknologi media. Convergence membolehkan pengecilan peralatan dan
        kebolehan untuk mempadadatkan (compress) data kepada bit digital
        yang kecil untuk kegunaan penghantaran (transmisi) dan penyimpanan
        (storage) maklumat. Segala media, sama ada berbentuk menggunakan
        sistem cetakan (print), elektronik dan teknologi fotografik, kini akan
        termasuk dalam convergence. Media cetakan akan mati iaitu segala
        maklumat dihasilkan melaui penggunaan teknoli dan digital. Misalnya buku
        dan surat khabar tidak akan dicetak lagi. Contohnya; jaringan telefon boleh
        mengadakan siarn rancangan televisyen manakala kabel televisyen pula
        membolehkan memberi khidmat telefon. Desktop komputer pula akan
        digunakan untuk menonton televisyen dan mengedit 'movie'. Mungkin telefon
        celular-komputer boleh digunakan untuk berfungsi sebagai teks, bunyi dan
        sebagai video untuk memberitahu cerita.
 


 
 

    Kesan yang jelas oleh teknologi media massa ini ialah manusia boleh
        memilih apa jenis media atau pilihan yang mereka mahu tanpa mengikut
        masa, boleh meng'access' berita melalui komputer atau menghasilkan berita
        dan karya tulisan sendiri, juga boleh mengetahui dengan mendalam tentang
        sesuatu maklumat yang terkini atau lampau. Seperti surat khabar, televisyen
        juga boleh dipilih siarannya, diedit mengikut selera penonton dan kini mereka
        tidak perlu menunggu masa siaran rancangan yang diminati kerana boleh
        dipilih berdasarkan jenis rancangan yang diminati.

    Media akan berkurangan tetapi mengandungi lebih maklumat yang padat
        dan lebih spesifik.

    Jaringan telefon boleh menghantar maklumat dengan pantas melalui
        penggunaan fiber optk. Jaringan fiber optik ini menjadi asas kepada
        Lebuh raya maklumat akan datang iaitu sistem NERN yang mampu
        menghubungkan orang ramai dengan kapasiti yang lebih tinggi dan pantas.

    Walaupun berlaku revolusi media massa, namun, media massa tetap
        berfungsi untuk menghantar dan menyampaikan maklumat kepada
        orang ramai. Tugas komunikator massa adalah berperanan untuk
        mendapatkan maklumat, memproses dan menghantar maklumat sama ada
        berbentuk berita, hiburan dan informasi. Suratkhabar, televisyen dan buku
        mungkin tidak akan wujud, tetapi penghasilan maklumat akan terus berkembang
        yang membolehkan  perkembangan teknologi menyampaikan maklumat kepada
        golongan yang lebih spesifik.

Masa hadapan komunikasi masa terletak kepada bahannya dan bukan
jenis media (hardware).
 

                                                                                    
 

Back To Main Menu
*Dewi Bulan*UMS HA1997-050
Communication Student