Multi Tasking

Di dalam program komputer, 'task' (tugas) adalah unit asas kepada pemprograman yang mengawal pengoperasian sistem. ia bergantung kepada bagaimana sitem pengoperasian ini mentafsirkan 'task' ini dalam reka bentuknya (design). Unit pemprograman ini mungkin merangkumi keseluruhan program atau mencapai setiap satu program yang khusus. Ini membolehkan satu program berhubung dengan program lain dan pemprograman yang banyak ini dianggap sebagai 'task'. Kesemua pengoperasian sistem pada hari ini menyokong multi tasking iaitu  membolehkan  tugas dilakukan serentak. Perisisan OS/2, Windows NT, Linux dan Arniaga merupakan contoh yang menggunakan konsep multi tasking ini.

Boleh membantu kita bekerja dengan membolehkan kita mempercepatkan kepelbagaian tugas pada sesuatu masa. Contoh: membuka program internet pada suatu masa dan pada masa yang sama juga boleh membuka program lain seperti Microsoft Word atau Excel .

Boleh merakam sesuatu data yang berubah dari sesuatu masa. Contoh: merakam kelembapan suhu dengan memasang pada sensor. Cuaca dan kelembapan ini juga boleh dirakam kedua-duanya sekali.

Boleh melakukan pemprosesan maklumat dan susun ke dalam bentuk jadual.

Boleh menjalankan dua atau tiga program untuk menyempurnakan satu atau banyak tugas.
 


 
 

Groupware

Ia adalah suatu perisian yang cuba menyelaraskan tugas-tugas yang dilakukan oleh manusia secara berpasukan atau berkumpulan secara efisyen.

Ia adalah perisisan yang membolehkan kita bekerja dengan lebih berkesan. Contoh: jika diberi satu projek penyelidikan, melalui groupware dapat diperhatikan kerja yang dilakukan melalui beberapa orang (masing-masing dengan bidangnya). Setiap orang akan membuka fail dan masuk ke dalam fail, mula menaip dan bekerja secara selari. Selepas satu jam, kerja tersebut akan selesai dan laporan tersebut diselesaikan.

Groupware membolehkan kita bekerja pada dokumen yang sama pada masa yang sama. Konsep 'real-time adalah penting. Setelah kerja selesai dilakukan, kita boleh mencetak (print) dokumen tersebut.

Groupware merujuk kepada progarm yang dapat membantu sekumpulan orang  bertugas pada masa yang sama tetapi dikawal dari satu tempat lain. perkhidmatn groupware adalah seperti berkongsi kalendar, penulisan kolektif, menguruskan e-mail, berkongsi access database, perjumpaan elektronik yang dapat dilihat dan dihantar maklumat serta aktiviti lain.

Antara contoh produk groupware adalah Lotus Notes dan Microsoft Exchanges iaitu kedua-duanya memberi kemudahan berkongsi kalendar, pengurusan e-mail dan replikasi  fail menerusi penghantaran sistem supaya semua orang dapat menggunakan atau melihat maklumat yang sama ini. Elektronik perjumpaaan seorang kepada seorang (face to face) boleh didapati melalui perisian CU-See Me dan Microsoft NetMeeting.

Kesan daripada groupware ini ialah kita mesti menggubungkan (link) antara satu PC dengan satu PC yang lain.
 


 
 

File Compression

 Bertujuan untuk menguncupkan fail yang besar kepada fail yang kecil. Contohnya: perisian Winzip, pkzip dan superzip.

Fail dari Microsoft Word atau Excel jika penuh, maka untuk ringankan beban kita boleh melakukannya dengan 'compress'nya melalui kaedah winzip, pkzip dan superzip atau boleh di'compress'nya melalui disk.

File Compression ini penting dan telah dibantu oleh Teknologi Maklumat (IT) apabila maklumat yang kita 'save' di dalam disket telah padat tetapi masih dapat ditambah maklumat melalui file compression ini.
 


 
 

File / System Security

Dalam Microsoft Word atau Excel, sebarang perisisan di dalam pakej Microsoft office boleh di'save'kan dengan menggunakan 'password' bagi tujuan keselamatan atau ingin menyimpan maklumat peribadi atau rahsia.

Encryption adalah fail yang dirojak dan tidak boleh dibaca tanpa password. Apabila hendak menghantar satu laporan sulit yang dihantar melalui e-mail, kita seharusnya menghantar melalui password. Encryption tidak boleh dilihat atau dibaca oleh orang yang tidak memasukkan password tersebut.

Fail Sekuriti dilaksanakan dalam konsep password. Contohnya, maklumat syarikat atau rahsia kerajaan yang ingin dirahsiakan dsimpan dalam sistem sekuriti.
 
 


 

                                                                                


Back To Main Menu
*Dewi Bulan*UMS HA1997-050
Communication Studies