Convergence

Convergence merupakan proses pengabungan pelbagai data ke dalam bentuk digital kepada produk-produk multi media. Data telah diubah kepada digital atau nombor atau binary. Misalnya data seperti dalam bentuk: 101101100011.
 

Convergence boleh berlaku dalam pelbagai data dalam bentuk, faks, grafik,scan, bunyi yang ditukar ke bentuk digital (kebolehan menukar maklumat ke bentuk digital) untuk menghasilkan produk multi media. Sebagai contoh, teknologi radio dalam penyiaran (broadcasting). Kini tape tidak perlu digunakan untuk melakukan rakaman (recording), malah kesemua input dapat digabungkan dan diberikan 'special effect'.

Revolusi faks yang terhasil daripada perkembangan convergence dalam teknologi maklumat, teknologi pengimbas optikal (optical scanning optical) dan teknologi pencetakan.

Dalam grafik, convergence merujuk kepada kejelasan warna pixel yang keluar pada skrin monitor. Setiap pixel mengandungi tiga dot iaitu warna biru, merah dan hijau. Jika dot ini tidak mempunyai gabungan convergence yang baik,maka gambar pixel akan menjadi kabur. Semua monitor mempunyai ralat convergence tetapi setiap satu berbeza darjah keralatannya.

Di dalam teknologi maklumat, maksud convergence ialah menggabungkan komputer peribadi, telekomunikasi dan televisyen untuk kegunaan pengguna.

Convergence bukan hanya tertumpu kepada teknologi maklumat, malah meliputi budaya dan cara hidup. Secara amnya, televisyen adalah 'visual' dan tidak begitu interaktif (kecuali untuk menukar siaran) dan digunakan bagi tujuan hiburan serta mendapatkan maklumat atau berita. Televisyen mudah digunakan dan tidak memerlukan khusus yang tertentu untuk mahir menggunakannya berbanding dengan komputer peribadi iaitu Graphis User Interferences (GUI) yang lebih khusus kepada teks, sangat interaktif dan banyak kegunaan sebagai contoh dalam dunia perniagaan atau untuk kegunaan pendidikan namun, penghasilan (display) dalam komputer adalah lebih kecil. Komputer boleh menjadi kegunaan yang mencabar untuk digunakan dan untuk itu ia memerlukan pembelajaran formal untuk mahir.Convergence dalam dunia televisyen sangat penting kerana ia membantu dalam penyiaran televisyen.
 

Convergence penting dalam komputer kerana ia bersifat sistematik. Gambar tidak perlu dilukis atau dilekatkan di dalam kertas seperti sebelumnya. Kini, gambar boleh dilakukan terus melalui komputer tanpa menggunakan pen atau pendakwat. Ia amat berguna terutamanya dalam penghasilan filem animasi.

Convergence mampu berperanan dalam kehidupan harian. Ia boleh dijadikan diari , atau sebagai jam dan serta membantu dalam mengorganisasikan kehidupan peribadi.

Convergence boleh menyimpan maklumat (store information), mengeluarkan maklumat (retrieve information) dan memproses semula maklumat. Data ini boleh disimpan untuk masa depan untuk dianalisis dan diproses.

Halangan utama untuk perkembangan convergence adalah pelaburan yang besar diperlukan untuk membawa kabel televisyen kepada isi rumah iaitu daripada meng'access' kable pengeluar kepada kabel pengguna di rumah. Satelit gelombang merupakan suatu pendekatan lain yang boleh membawa pennguna kepada internet yang dapat menggabungkan orang ramai secara global.

Compaq, IBM dan Microsoft yang merupakan konsortium komputer yang terunggul sedang berusaha untuk menambahkan kelajuan convergence dan berharap untuk menaja kos digital televisyen menjelang akhir 1998. Mereka telah mengesahkan pengenalan cadangan Advanced Television System Committee (ATSC) untuk mempercepatkan pemindahan kepada televisyen digital dan bercadang untuk melengkapi komputer peribadi (personal komputer) dengan kebolehan untuk menerima maklumat video digital dan data menjelang akhir 1998.
 
 


 

                                                                                
Back To Main Menu
*Dewi Bulan*UMS HA1997-050
Communication Student