Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat meliputi penggunaan perkakasan (hardware) dan perisian (software) untuk memproses maklumat. Teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai Information Technology merujuk kepada sains dan suatu aktiviti memproses dan menyimpan data serta menghantar maklumat dengan menggunakan komputer.

Information merupakan pengetahuan terhadap sesuatu khususnya fakta dan berita. Technology pula merupakan pembelajaran dan pengetahuan terhadap sesuatu yang praktikal dalam penggunaan untuk penemuan saintifik khususnya industri. Ringkasnya, Information Technology lebih dikenali sebagai IT

Teknologi Maklumat (IT) merupakan satu perkataan yang digunakan bagi merangkumi semua bentuk penggunaan teknologi untuk mencipta atau menhasilkan (create), menyimpan,  menukar bentuk maklumat (exchange) dan menggunakan maklumat dalam pelbagai bentuk dalam kegunaan harian. Misalnya melalui 'business data', image tetap (still images), 'motion picture', penyampaian multi media dan lain-lain.
 

Teknologi maklumat banyak menggunakan medium bahasa Inggeris dalam pencarian, pemerolehan dan penghantaran maklumat di dalam komputer dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
 


 

Fungsi Teknologi Maklumat (IT) :

Terdapat empat fungsi utama IT iaitu:

    Capture
  Keyboard digunakan untuk memasukkan data teks ke dalam komputer.
Tetikus komputer (computer mice) digunakan untuk melukis dengan menggunakan komputer.
Microphone bagi tujuan memberi ‘speech’ dan input muzik kepada komputer audio dan telekom.
Video kamera dan 'scanners' untuk tujuan video dan grafik input kepada sistem komputer, video dan telekom.

 

Storage ( Penyimpanan)
 

Memory chip menyimpan data untuk jangka masa pendek dalam sistem komputer. Disk magnetik dan 'disk drive' menyimpan data untuk jangka masa panjang dalam sistem komputer. Compact disk dan alat pemain menyimpan data untuk jangka masa panjang dalam sistem komputer; muzik serta 'speech' disimpan di dalam audio; sistem dan imej di simpan di dalam sistem video. Tape magnetik dan 'tape drives' untuk menyimpan data bagi jangka masa panjang dalam sistem komputer, muzik atau 'speech' disimpan di dalam sistem audio dan imej dalam sistem video.      Storage Processing ( Proses penyimpanan)
  Chip panjang bertujuan untuk menganalisa data di dalam komputer dan dalam sistem elektronik yang lain. 'Mixing' dan 'editing' bertujuan untuk memproses bunyi dan informasi imej di dalam sistem audio dan video. 'Message switching' dan 'routin devices' adalah untuk sistem telekom. Ia melibatkan proses pemerolehan semula atau pengambilan data.     Communication (Komunikasi)
Monitor adalah untuk menunjukkan output komputer dan sisten video. Printer bertujuan untuk menghasilkan suatu salinan asli daripada output melalui sistem komputer. 'Loudspeaker' bertujuan untuk menghasilkan semula output daripada sistem audio. Wayar, fiber optik dan alat penyiaran (braodcat service) digunakan di dalam sistem komputer.
 

Kini, teknologi maklumat lebih tertumpu melalui penggunaan satelit dan internet. Terdapat pelbagai jenis pencarian maklumat melalui internet. Seseorang boleh mencari maklumat dengan mengklik pada
search.Terdapat pelbagai jenis 'search engine' (membantu dalam pemerolehan maklumat) seperti Yahoo, Infoseek, Alta Vista, Lycos dan Hot Bot.

Untuk pencarian maklumat, seseorang haruslah menspesifikasi pencarian maklumat tersebut. Jika sesorang ingin mencari maklumat tentang teknologi maklumat yang berkait dengan e-mail (atau lain-lain), dia mestilah menaip pembuka dan penutup kata untuk teknologi maklumat, diletakkan tanda tambah serta menaip e-mail dengan pembuka dan penutup kata.Contoh;

" information technology" + "e-mail" atau

" information technology" + "software" / "client"

Komputer berupaya untuk memproses maklumat dan mencari maklumat dengan menggunakan perisian, menyusun maklumat serta memproses maklumat melalui word processing.
 
 


 

Kesimpulannya, IT merangkumi:

    Information capture (memperoleh maklumat)

    Information storage (menyimpan maklumat)

    Information retrieval (mengambil semula maklumat)

    Information processing (memproses maklumat)
 

    Information distributor/ (penyebaran maklumat)
 
                                                                             
Back To Main Menu
*Dewi Bulan* UMS HA97-050
Communication Student